Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Karnival Komuniti Keluarga Malaysia Seremban Rai HSN

By 9 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Hajar Kamis/Jaitripta Kaur

SEREMBAN, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Karnival Komuniti Keluarga Malaysia Daerah Seremban turut meraikan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) di Padang Nuri Taman Paroi Jaya, di sini semalam.

Program yang dianjurkan oleh Badan Sukarelawan Seremban Prihatin dan Komuniti Keluarga Malaysia Taman Paroi Jaya turut disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Menurut seorang peserta Fiqri Firdaus, 32, karnival pada hari ini bertujuan untuk menyambut HSN sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk sekitar.

“Pelbagai aktiviti sukan telah disusun untuk menyemarakkan lagi HSN khusus bagi penduduk dan pelajar sekolah sekitar kawasan ini dan diharapkan program ini dapat menjadi salah satu acara tahunan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Antara aktiviti yang diadakan ialah berjalan 10 ribu langkah komuniti sihat, kayuhan perpaduan, zumba, senamrobik serta Jualan Aspirasi Keluarga Malaysia.

-ZS-

Tinggalkan komen anda