Laporan/foto: Siti Nor Aishah Che Hassan/Nor Emylia Lot (Kuala Nerus)
KUALA NERUS, 13 Okt (Malaysiaaktif) – Kelab Rukun Tetangga (KRT) Teluk Ketapang menganjurkan program Tahsin Solat Khusus kepada para pelajar di kawasan ini untuk belajar melaksanakan solat dengan sempurna.
“Penganjuran program pada kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak sekolah dengan pelbagai pengisian yang bersifat kerohanian dan pembelajaran yang betul berkaitan fardhu ain,” kata Pengerusi Homestay Teluk Ketapang Md Azmi A. Aziz ketika merasmikan program, di sini semalam.
“Setiap murid diberi pendedahan bermula daripada cara berwuduk dengan betul, penjelasan mengenai 13 rukun solat yang dibimbing oleh Ahli Jawatankuasa Masjid dan Setiausaha KRT Teluk Ketapang.
“Program kolaborasi ini akan diteruskan pada masa akan datang dan melibatkan pelajar lain pula supaya mereka akan dapat mempelajari dan mendapat bimbingan yang betul berkaitan fardhu Ain,” tambah Md Azmi.
-ZS-