Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Labu Sayong Kuala Kangsar Terus Jadi Warisan

By 25 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wan Izati Wan Mohamad Abedullah Hakim/Ahmad Faisal Ahmad Tarmizi (Kuala Kangsar)

KUALA KANGSAR, 25 Okt (Malaysiaaktif) – Selain dikenali sebagai Bandar Diraja, Kuala Kangsar juga sangat sinonim dengan penghasilan tembikar labu sayong yang menjadi warisan sejarah orang Melayu sejak zaman pra-sejarah lagi.

Pemilik kedai labu sayong Rafizah A’ilyan Abd Razak, 42, berkata setiap satu labu sayong yang dihasilkannya diukir sendiri tanpa menggunakan mesin. Keunikan ini menjadikan harga labu sayong di kedainya mampu mencecah sehingga ratusan ringgit kerana proses ukiran yang agak rumit.

“Dari segi bentuk pula, dengan adanya bantuan acuan yang telah direka, pelbagai bentuk labu sayong dapat dibuat dengan cepat dan mudah.

“Kaedah ini membantu mempercepatkan proses pembuatan labu sayong. Setiap labu sayong hanya mengambil masa dua jam untuk dibawa keluar dari acuan tersebut,” ujarnya lagi ketika ditemui di kedainya di Kampung Kepala Bendang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda