Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraMAPerak

Angkat Seni Pasu Daun Konkrit di Riuh Benor Perak

By 25 Oktober 2022Oktober 28th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohammad Shafiq Rosidi/Suzira Zainol Abidin (Ipoh)

IPOH, 25 Okt (MalaysiaAktif) – Program Kembara Riuh Keluarga Malaysia (KRKM) ‘Riuh Benor!’ menonjolkan hasil seni para pengkarya tempatan melalui bengkel kreatif yang dianjurkan.

Pengasas Cucuk Tanam, Emir Nazren Mohamad Faisal, 31, berkata peluang mengadakan bengkel membuat pasu daun konkrit yang diusahakan mendapat sambutan memberangsangkan terutama daripada golongan belia.

Emir memberi penerangan kepada peserta di tapak pameran Cucuk Tanam.

 

“Matlamat kami ingin menarik minat belia terhadap kepentingan alam semulajadi dan pembuatan pasu daun konkrit ini juga mampu mengembangkan lagi kreativiti dalam berkarya.

Menariknya, peserta bukan sahaja dapat mempelajari proses menghasilkan pasu hingga menanam pokok bahkan dapat membawa pulang hasil seni mereka tanpa sebarang bayaran dikenakan,” katanya ketika ditemui di tapak pameran Cucuk Tanam sempena ‘Riuh Benor!’ di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru di sini pada Ahad.

Tinggalkan komen anda