Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

‘Rasa Padu Memang Surr’

By 3 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahari Zakaria

BUKIT MERTAJAM, 3 Okt (Malaysiaaktif) – Nasi kandar adalah salah satu makanan kegemaran warga Pulau Pinang yang dimakan bersama lauk-pauk berempah kari.

Menurut seorang pelanggan Halimah Abd Ghani, 39, berkata makanan di sini sedap dan memenuhi citarasa Keluarga Malaysia. Harganya juga berbaloi dengan lauk-pauk yang disajikan.

“Apa yang penting adalah campuran kuah kari yang mempunyai kelainan daripada kedai dan restoran nasi kandar yang ada di sekitarnya.

“‘Rasa Padu, Memang Surr’ iaitu moto Restoran Nasi Kandar Alif ini memang sentiasa mengutamakan kepuasan pelanggan dalam setiap hidangan lauk-pauknya,” katanya.

Nasi Kandar Alif beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 4 petang dan terletak di bangunan baharu di Jalan Rozhan Alma dan telah memulakan perniagaan sejak tahun 2002.

-ZS-

Tinggalkan komen anda