Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Onn Hafiz Sertai Johor Bersih Pontian

By 23 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor

PONTIAN 23 Okt (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi turun menyertai program Johor Bersih Peringkat Daerah Pontian yang diadakan di Balai Raya Taman Sri Jaya, Pekan Nenas, di sini semalam.

“Kejayaan program ini bukan sahaja dapat mewujudkan persekitaran yang selamat dan selesa malah meningkatkan daya saing rakyat secara sihat dan menyumbang kepada perkembangan sahsiah peribadi secara holistik,” katanya.

Onn Hafiz turut bersama-sama masyarakat setempat melakukan aktiviti ‘plogging’ di sekitar kawasan perumahan Taman Sri Jaya untuk menyemarakkan semangat cintai kebersihan dalam kalangan masyarakat.

Beliau yang mengadakan lawatan sehari ke Parlimen Tanjung Piai turut menyampaikan bantuan kepada asnaf sumbangan Yayasan Perbandaran Pontian di samping merasmikan Balai Raya Taman Sri Jaya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda