Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

535 Penduduk Terima Suratan Milik Tanah dan Borang 5A

By 23 Oktober 2022Oktober 28th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Afnan Hakimi/Norhasirah Deris (Marang)

MARANG, 23 Okt (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Terengganu Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah merasmikan penyerahan Suratan Hak Milik Tanah, Notis 5A dan Undi Lot Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di Dewan Majlis Daerah Marang, Kampung Paya, di sini baru-baru ini.

Seramai 535 orang penerima yang berkelayakan mendapat hak milik Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) tapak rumah dan tanah pertanian bagi kawasan DUN Rhu Rendang.

Menurut Ahmad Samsuri kerajaan negeri telah berusaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi merialisasikan hasrat penduduk-penduduk di Rhu Rendang ini.

“Sebanyak enam kelompok RTB di tanah rumah seperti berikut iaitu di Bukit Cempedak 56 lot, Alur Tuman 75 lot, Gong Cempedak 38 lot, Gong Nangka 150 lot, Bukit Mak Abu 189 lot dan tapak pertanian di Bukit Batu Putih bagi fasa dua sebanyak 27 lot,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda