Laporan/foto: Haliza Mohd Taib
MUAR, 23 Okt (Malaysiaaktif) – Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Mukim Parit Jawa dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Muar telah berjaya menganjurkan Program Malaysia Kita@Komuniti sempena Program Johor Bersih di Taman Bintang, Parit Jawa, di sini semalam.
“Mukim Parit Jawa merupakan satu-satunya mukim yang terkedepan mengadakan program Uniti Bersih dan Lestari di daerah ini.
“Program yang bertemakan Uniti Bersih dan Lestari ini bertujuan mendekatkan hubungan sesama ahli jawatankuasa KKM, Pejabat Penerangan Daerah Muar dan Kepimpinan Mukim dengan masyarakat setempat,” kata Penghulu Mukim Parit Jawa Mohd Afezan Yahya.
“Pengisian program seperti aktiviti ‘plogging’, pembuatan butir bebola dan mencampak ke longkang oleh komuniti khususnya pelajar sekolah sangat baik bagi memberi ilmu dan kesedaran tentang penjagaan kebersihan alam sekitar dan konsep karbon rendah,” katanya lagi.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Balang Selamat Takim.
-ZS-