Skip to main content
MAVideo

KM 0.00 – Telok Melano, Lebuhraya Pan Borneo, Sarawak

By 18 Oktober 2022Oktober 19th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

KM 0.00 – Telok Melano, Pan Borneo, Sarawak

Lebuhraya Pan Borneo Sarawak adalah satu rangkaian laluan persekutuan yang menghubungkan Sarawak, Brunei dan Sabah. Projek Lebuhraya Pan Borneo adalah projek usaha sama antara kerajaan Brunei dan Malaysia. Projek tersebut bermula sebaik sahaja Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Panjang keseluruhan sistem lebuh raya ini dianggarkan sepanjang lebih kurang 2,239 km. Setakat tahun 2002, lebih kurang 997.18 km atau 95.2% daripada panjang keseluruhan lebuh raya tersebut telah disiapkan. Setakat ini, bahagian terbaru yang siap dibina adalah bahagian Tenom – Sipitang pada tahun 2006. Pembinaan bahagian terakhir dari Kalabakan ke Sepulut bakal dimulakan pada tahun 2008, oleh itu keseluruhan rangkaian Lebuhraya Pan Borneo dijangka siap dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan.

Lebuhraya Pan Borneo turut dihubungkan ke rangkaian jalan raya di Kalimantan, Indonesia, di mana ia dikenali sebagai Lebuhraya Trans-Kalimantan (Jalan Lintas Kalimantan dalam Bahasa Indonesia). Jajaran di Indonesia menghubungkan pekan Tebedu dengan bandar raya Pontianak.

-ZS-

 

Tinggalkan komen anda