Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Pelbagai Lapisan Masyarakat Labuan Jayakan HSN 2022

By 9 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 9 Okt (Malaysiaaktif) ā€“ Pelbagai lapisan masyarakat di pulau itu menjayakan Hari Sukan Negara (HSN) dengan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail, penganjuran dan penyertaan masyarakat di semua peringkat dalam HSN menggambarkan program itu mendapat sokongan yang kuat daripada warga Labuan.

ā€œTahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung termasuk agensi-agensi kerajaan, swasta, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan dan kelab sukan atau belia serta semua individu yang bersama-sama bekerjasama dalam menggembleng tenaga bagi melancarkan dan menyemarakkan lagi sambutan HSN khususnya di pulau mutiara ini,ā€ katanya semasa merasmikan HSN Peringkat Labuan, di sini semalam.

Antara aktiviti yang berjaya menarik penyertaan orang ramai adalah Fā€™un Runā€™ sejauh 5km, ā€˜Fun Rideā€™ RB sejauh 30km, ā€˜Fun Rideā€™ MTB sejauh 30km dan lain-lain lagi dengan jumlah penyertaan keseluruhan adalah tidak kurang daripada 20 ribu orang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda