Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Rakyat Perlis Amalkan Budaya Gaya Hidup Sihat

By 8 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto:Anuar Che Amat

KANGAR, 8 Okt (Malaysiaaktif) – Hari Sukan Negara (HSN) 2022 Peringkat Negeri Perlis yang diadakan pagi tadi meriah dengan pelbagai aktiviti menarik.

Sambutan di Dataran Dato Sheikh Ahmad, di sini hari ini berlangsung dengan pelbagai aktiviti seperti acara berjalan kaki sejauh 5 kilometer yang turut disertai Menteri Besar Perlis Dato’ Seri Azlan Man bersama-bersama lebih 1,300 peserta.

Azlan Man dalam ucapannya meminta masyarakat di negeri Perlis menyokong penuh program ini kerana ia merupakan satu bentuk inisiatif yang bertepatan dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS ).

“Pembudayaan hidup sihat dalam kalangan rakyat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan keupayaan imuniti badan dalam mencegah dan melawan penyakit,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda