Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Perhimpunan HOG Kebangsaan 2022 Promosi Langkawi kepada Peminat Motosikal Berkuasa Tinggi

By 13 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

LANGKAWI, 13 Okt (Malaysiaaktif) – Perhimpunan Kumpulan Motorsikal Berkuasa Tinggi  Harley Owners Group (HOG) telah diraikan dalam acara Gala Dinner National HOG Rally Langkawi 2022 yang diadakan di Aseania Resort And Spa, di sini semalam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Nasaruddin Abdul Muttalib, pihaknya mengalu-alukan kehadiran HOG Chapter Kuala Lumpur dan bersedia berkerjasama untuk mempromosikan Langkawi.

“Saya berharap dalam program tiga hari ini semuanya dapat bergembira dan menikmati keindahan Langkawi,” katanya.

Pengarah HOG Chapter Kuala Lumpur Larry Yap ketika ditemui berkata pihak Route 77 HOG Chapter Kuala Lumpur menghabiskan enam bulan untuk menganjurkan acara ini dan akhirnya ia dilancarkan.

“Setelah 10 tahun, ini adalah acara yang ditunggu-tunggu oleh semua penunggang Harley-Davidson di luar sana kerana ia merupakan salah satu perhimpunan terbesar di Malaysia.

“Perhimpunan ini juga telah berjaya mengumpulkan semua penunggang Harley-Davidson di Malaysia dan luar negara seperti negara Switzerland, Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei, Vietnam, Hong Kong, Macau dan Amerika Syarikat.

“Kehadiran kami di sini bukan sahaja untuk menunggang motorsikal tetapi bersama masyarakat Langkawi dengan menjalankan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Langkawi,“ katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda