Laporan/foto: Noor A’mirah Daman Huri (Kerian)
PARIT BUNTAR, 7 Okt (Malaysiaaktif) – Keunikan Sungai Kerian tidak hanya terhad sebagai titik sempadan antara Perak, Kedah dan Pulau Pinang malah sungai ini turut menjadi lokasi tumpuan kaki pancing udang galah.
Golongan kaki pancing ini bukan sahaja di kalangan penduduk setempat bahkan orang luar juga tidak ketinggalan memancing di sini.
“Sungai Kerian menjadi tumpuan ramai terutamanya hujung minggu. Di pengkalan ini, kami menyediakan sewaan bot kepada pengunjung yang berminat.
“Apa yang boleh saya kongsikan adalah setiap kali mereka memancing pasti ada hasil yang boleh dibawa pulang,” kata pengusaha pengkalan Fazli Abd Rani, 42, ketika ditemui di sini, petang semalam.
Seorang pengunjung tempatan Norazati Ahmad, 30, menyatakan beberapa faktor seperti cuaca, keadaan air sungai dan umpan perlu diteliti sebelum turun memancing.
-ZS-