Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

108 Orang Nelayan Menerima Lesen Sampan Khas

By 8 November 2022November 10th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Pelapor/foto: Haliza Mohd Taib

MUAR, 7 Nov  (Malaysiaaktif) – Seramai 108 orang nelayan dari Daerah Muar dan Tangkak telah menerima lesen sampan khas sempena Program Penyerahan Lesen berkenaan di perkarangan Pejabat Persatuan Nelayan Kawasan Muar yang dirasmikan oleh Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.

Jabatan Perikanan Negeri Johor telah melaksanakan Program Pemutihan Lesen Vesel dan Peralatan Menangkap Ikan (Sampan) bermula November 2021 bagi lesen yang telah tamat tempoh melebihi tiga (3) tahun.

Lanjutan daripada program pemutihan tersebut, sebanyak 775 lesen telah dibatalkan pada tahun ini dan program pemutihan ini telah selesai pada Julai 2022 yang lalu.

“Program pemutihan ini akan diteruskan bagi memberi ruang kepada nelayan–nelayan yang masih bergerak aktif dalam industri perikanan negara,” kata Norhakim Simon.

Menurut Menteri Besar Johor kerajaan amat prihatin terhadap kebajikan warga nelayan di Daerah Muar. Dalam Bantuan Kasih Bangsa Johor, setiap nelayan di Johor mendapat bantuan sebanyak RM 300 untuk semua nelayan di Negeri Johor.

Penyerahan bantuan peralatan kepada nelayan sampan berlesen sedia ada dan nelayan darat berdaftar dengan Jabatan Perikanan yang melibatkan 521 orang nelayan juga dilakukan hari ini untuk membantu nelayan menyimpan hasil tangkapan mereka di tempat yang sesuai agar kesegaran dipelihara.

-ZS-

Tinggalkan komen anda