Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Program Sahabat Maritim Tingkat Jaringan Komunikasi Dengan Komuniti

By 7 November 2022November 10th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Maritim Labuan (Labuan)

LABUAN, 7 Nov (Malaysiaaktif) – Program Sahabat Maritim anjuran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MaritimMalaysia) Zon Maritim Labuan menjadi medan meningkatkan jalinan hubungan serta komunikasi yang baik diantara Maritim Malaysia dengan komuniti.

Menurut satu kenyataan Zon Maritim Labuan semalam, program itu turut menjadi medan bagi mendengar sendiri permasalahan yang dihadapi komuniti terutamanya dalam bab perundangan.

“Program yang membabitkan seramai 120 anggota penguatkuasa serta 100 penduduk kampung ini turut dihadiri Pengerusi JPKK kampung Batu Manikar, Mohd Ismail Abdul Rahman.

“Selain dari taklimat keselamatan, turut diadakan pameran kerjaya oleh agensi  kerajaan dan swasta, pemeriksaan kesihatan, pertandingan bagi kanak-kanak serta acara sukan rakyat.

“Dalam majlis yang sama, Maritim Malaysia turut berbesar hati menyampaikan jaket keselamatan serta sumbangan bakul makanan kepada golongan asnaf, ibu tunggal dan warga emas,” menurut kenyataan tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda