Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

BUYMe Projek Pembangunan Bandar Baharu Negeri Melaka

By 14 November 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain (Alor Gajah)

DURIAN TUNGGAL, 14 Nov (Malaysiaaktif) – Majlis Pecah Tanah Pembangunan Bandar Universiti Yayasan Melaka (BUYMe) di tanah bersebelahan dengan kampus Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, di sini baru-baru ini.

Menurut Sulaiman projek tersebut dirangka untuk menjadikan kawasan ini setaraf dengan kawasan yang mempunyai universiti yang besar seperti Serdang dan Bangi di Selangor dan Nilai di Negeri Sembilan.

“Nilai pelaburan yang dibelanjakan oleh Yayasan Melaka untuk menjayakan projek ini diharap dapat memberi pulangan yang besar untuk meningkatkan kualiti hidup dan ekonomi kawasan Alor Gajah khasnya dan seluruh negeri Melaka amnya,” ujar beliau.

Projek BUYMe ini merupakan pembangunan bercampur yang menyediakan projek perumahan untuk golongan B40 sehingga T20 yang terdiri dengan komponen pembangunan pangsapuri kos rendah, rumah kos sederhana rendah, rumah mampu milik, rumah teres, rumah berkembar, rumah banglo dan kondominium, lot industri dan lot perniagaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda