Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Mohammad Ezwandi (Ipoh)
IPOH, 14 Nov (Malaysiaaktif) – Kehangatan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Tambun yang menemukan nama-nama besar untuk merebut kerusi parlimen itu semakin terasa apabila bendera parti meriah menghiasi jalan utama.
Penduduk, Mohd Fadzli Shah Wahiddin, 40, berkata deretan bendera parti di kiri dan kanan jalan cukup menarik perhatian.
“Walaupun dikatakan kerusi panas kerana direbut oleh beberapa nama besar, namun keadaan di sini masih terkawal dan saya cukup teruja melihat ‘perang bendera’ ini.
“Suasana meriah ini menaikkan lagi semangat untuk mengundi pada 19 November nanti,” tambahnya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Parlimen Tambun menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Perikatan Nasional (Datuk Seri Faizal Azumu), Barisan Nasional (Datuk Aminuddin Md Hanafiah) dan Pejuang (Abdul Rahim Tahir).
-ZS-