Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

BMTKM Labuan Fasa 1 Salur Peruntukan Sebanyak RM577,535 untuk Miskin Tegar

By 12 November 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 12 Nov (Malaysiaaktif) – Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) Wilayah Persekutuan Labuan Fasa 1 melibatkan peruntukan sebanyak RM577,535.00 menerusi projek rintis yang melibatkan dua lokaliti iaitu Patau-Patau dan Sungai Bedaun.

Menurut Pengerusi Perbadanan Labuan (PL), Datuk Bashir Alias, PL telah mengenalpasti senarai nama 47 Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin Tegar dan telah mengadakan perbincangan bersama lima ketua kampung yang terlibat bagi mencadangkan projek atau program yang sesuai dilaksanakan berdasarkan keperluan individu terlibat.

“Hasil bancian dan semakan dengan Pejabat Pembangunan Negeri Labuan, Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta rakan strategik utama iaitu Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) selaku pengendali latihan telah banyak membantu pelaksanaan program ini.

“Terdapat tiga komponen utama BMTKM iaitu Program Peningkatan Pendapatan (PPP) – bantuan peralatan perniagaan, Program Fertigasi Pertanian dan Program Peralatan Perahu dan Enjin,” katanya pada Majlis Penyerahan BMTKM di Kampung Patau-Patau 2 semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda