Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

MSAM 2022 Kembali

By 26 November 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/PNB

PORT DICKSON, 26 Nov (Malaysiaaktif) – Selepas dua tahun diadakan secara maya, Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) kembali dalam bentuk fizikal di Port Dickson.

Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ariffin Zakaria berkata MSAM edisi ke-21 ini bertemakan ‘Melestarikan Pelaburan ke Arah Masa Hadapan Mampan’ selaras dengan Rangka Kerja Kelestarian PNB yang dilancarkan pada April lalu.

“Kita berhasrat untuk memelihara dan menyokong kesinambungan keseimbangan antara manusia, planet dan keuntungan dengan menyesuaikan pendekatan perniagaan dengan persekitaran operasi.

“Bersempena perasmian MSAM 2022 pada hari ini, PNB turut melancarkan satu tabung unit amanah harga berubah baharu iaitu Amanah Saham Nasional Sukuk,” katanya ketika merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di Pantai Batu 1, Port Dickson di sini, baru-baru ini.

Tambahnya, MSAM 2022 kekal sebagai program berorientasikan keluarga, menyasarkan rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat dan peringkat umur dengan pelbagai program utama MSAM 2022 seperti Sembang-sembang ASNB, Jejak Pelabur Bijak, Jejak Pelabur Cilik, Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB dan Labur Ria.

Program yang berlangsung selama seminggu ini turut menampilkan syarikat-syarikat Strategik dan juga beberapa syarikat Teras PNB serta menyasarkan seramai 150,000 pengunjung pada tahun ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda