Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sambutan Jubli Perak Taman Lagenda, Mampu Memeriahkan Pulau Langkawi

By 27 November 2022November 28th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

LANGKAWI, 27 Nov (Malaysiaaktif) – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menganjurkan Sambutan Jubli Perak Taman Legenda Langkawi di sini semalam, dengan tujuan untuk mengembalikan semula kegemilangan taman yang seluas 42 ekar ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata dalam sidang media, “pada hari ini kita mengadakan Sambutan Jubli Perak Taman Legenda iaitu sebuah Taman Rekreasi di Langkawi yang menghimpunkan pelbagai monumen-monumen kisah-kisah lagenda dan kisah-kisah mitos dan juga kisah lama di Langkawi ini dalam sebuah taman.”

Menurut Nasarudin lagi “pengunjung-pengunjung dapat mengetahui kisah-kisah lagenda yang ada di Langkawi ini di mana maklumat-maklumat tentang kisah-kisah ini di paparkan melalui kod QR pada setiap monumen-monumen yang didirikan di dalam taman ini.”

“Saya percaya bahawa kisah lagenda-lagenda ini menjadikan Langkawi sebagai satu Pulau yang begitu menarik dan juga mempunyai tarikannya yang tersendiri kerana dengan kisah-kisah mitos dan lagenda yang ada di sini,” ujarnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda