Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Festival Kesenian Orang Asal Anatarabangsa 2022 Tonjol Keunikan Kepelbagaian Seni Budaya Masyarakat Orang Asal

By 26 November 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Radiah Rahim/Sh. Nurrul

KUANTAN, 26 Nov (Malaysiaaktif) – Kepelbagaian seni dan budaya Orang Asal dari empat negara iaitu Malaysia, Afrika, Kazakhstan dan Mauristus tonjol keunikan tersendiri di Festival Kesenian Orang Asal Antarabangsa bertempat di Menara Kuantan 188 yang julung kali diadakan di Negeri Pahang.

Festival ini bertujuan mengangkat serta mengekalkan kesenian dan warisan adat budaya Orang Asal sama ada dalam mahupun luar negara yang terdiri daripada pelbagai etnik dan bangsa di mata masyarakat serta akan menjadi salah satu elemen tarikan pelancong serta membantu meningkatkan ekonomi masyarakat Orang Asal dengan penjualan produk mereka.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Musatafa Billah Shah berkenan mencemar duli sekaligus merasmikan festival ini .

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Mohd Yusri Mohd Yusoff, Setiausaha Kerajaan Pahang YB Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak dan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara, Tuan Haji Mesran bin Mohd Yusop.

Program anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Persatuan Seni Silat Senaman Gerak Sentuhan dan Kuantan 188 bermula pada 24 hingga 26 November 2022.

-ZS-

Tinggalkan komen anda