Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Rangka Tindakan Bandar Pintar Labuan sedang Dimuktamadkan

By 17 November 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 17 Nov (Malaysiaaktif) – Kerangka bandar pintar melalui Rangka Tindakan Bandar Pintar Wilayah Persekutuan Labuan kini sedang dimuktamadkan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

Menurut Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Bashir Alias, Rangka Tindakan itu seiring dengan visi menjadikan Labuan sebagai ‘Smart & Sustainable Island City’.

“Inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan pelan tindakan bandar pintar yang membantu KWP merancang dan menentukan projek keutamaan berkaitan pelaksanaan projek sepertimana yang sedang dilaksanakan seperti projek ‘Smart City Labuan’ selain mengambil kira projek yang dilaksanakan oleh agensi-agensi yang menerapkan elemen pintar dalam sistem penyampaian perkhidmatan sekaligus menyokong segmen ekonomi digital dalam pelbagai sektor ekonomi berasas ‘Internet Of Things’ (IOT),” katanya semasa sesi temuramah bersama LabuanFm semalam.

Tambahnya, tanggungjawab pembangunan fizikal juga turut dimainkan oleh jabatan dan agensi kerajaan di Labuan.

“PL sentiasa mengadakan penyelarasan terhadap permohonan-permohonan khasnya projek-projek Rancangan Malaysia (RMK) sama ada yang diajukan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan atau kementerian-kementerian lain bagi memantau perkembangan pelaksanaan projek yang telah diluluskan peruntukan.

“Dengan tindakan ini, kita bersama-sama memastikan pembangunan yang dilaksanakan dapat disempurna dan memberikan manfaat kepada rakyat seperti yang dinatijahkan,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda