Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Rezeki Bekerja Bersama Buaya Tembaga

By 23 November 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Eviannie Kin

TUARAN, 23 Nov (Malaysiaaktif) – Buaya antara haiwan yang perlu dijauhi tetapi tidak bagi Mohd. Azim Syahmie, 23, anak muda dari Manggatal yang mencari rezeki bekerja bersama haiwan pemangsa itu.

Azim yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Perikanan dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) tidak menyangka diserap terus menjadi penjaga haiwan setelah tamat menjalani tiga bulan latihan industri di Taman Buaya Tuaran.

ā€œRasa takut memang ada tetapi dengan adanya latihan yang diberikan dari segi keselamatan dan teknikal untuk mengendalikan buaya ini dapat memberikan keyakinan dan keberanian kepada saya.

ā€œLagipun kerana minat juga, saya memberanikan diri untuk mendapatkan pengalaman baharu ini.

ā€œBukan senang kerana baru dua minggu saya diberi kepercayaan untuk membuat persembahan bersama ā€˜Bujang Tuaranā€™ dan ā€˜Chip Chipā€™ setiap hari,ā€ kongsinya yang cenderung kepada haiwan reptilia daripada ikan.

Untuk rekod, ā€˜Bujang Tuaranā€™ berumur 28 tahun dan ā€˜Chip Chipā€™, 24 tahun merujuk kepada buaya tembaga jantan yang dikendalikan oleh Azim semasa membuat persembahan kepada pengunjung Taman Buaya itu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda