Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)
LABUAN, 20 Nov (Malaysiaaktif) – Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Suhaili Abd Rahman kembali ke Dewan Rakyat selepas menang dalam persaingan sengit dengan dua pencabar utama dari Parti Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi P166 Labuan.
Beliau yang juga mantan Ahli Parlimen Labuan dari tahun 1999 hingga 2008 itu menewaskan calon BN, Datuk Bashir Alias dan empat calon lain dengan majoriti sebanyak 708 undi selepas memperolehi 8124 undi.
Datuk Bashir Alias mendapat 7416 undi, calon Warisan, Datuk Rozman Isli dengan 7310 undi, calon Pakatan Harapan, Datuk Dr Ramli Tahir 5307 undi, calon Parti Bangsa Malaysia, Dayang Rusimah @ Raynie Datuk Mohd Din 202 undi dan Calon Pejuang Dato Seri Ramle Mat Dali dengan 90 undi.
Keputusan rasmi dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi P166 Labuan, Yusup Mohamad di Pusat Penjumlahan Undi Kolej Matrikulasi Labuan, semalam.
-ZS-