Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Proses Pembuangan Undi Parlimen Kuala Terengganu Lancar

By 19 November 2022November 21st, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Shuhaimi Ahmad (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 19 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 915,748 pengundi di Terengganu menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi hari ini.

Tinjauan di beberapa pusat mengundi di sekitar Kuala Terengganu mendapati pengundi veteran berada di pusat mengundi sebelum pukul 8.00 pagi manakala pengundi muda mula memenuhi pusat mengundi selepas pukul 9.00 pagi.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), calon Barisan Nasional Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong bersama isteri To’ Puan Ramizah Hashim mengundi di Sekolah Menengah Seri Nilam, Kuala Terengganu pada pukul 8.30 pagi.

“Calon PAS Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim pula mengundi di Sekolah Kebangsaan Durian Burung, Kuala Terengganu pada pukul 8.00 pagi tadi,” katanya.

Sementara itu, calon Pakatan Harapan Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda