Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PRU15: Ideologi Politik Berbeza Tidak Gugat Perpaduan

By 17 November 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid/Mohammad Ezwandi (Ipoh)

BATU GAJAH, 17 Nov (Malaysiaaktif) – Himpunan poster dan bendera pelbagai parti di salah satu persimpangan Kampung Seri Rahmat dilihat begitu ceria dan mengujakan.

Kemeriahan luar biasa ini diakui oleh penduduk, Syariffah Marhanim Syed Omar, 45, sebagai tanda perpaduan di antara penduduk walaupun masing-masing mempunyai ideologi politik yang berbeza.

“Kami berpolitik secara aman. Sesiapa pun bebas memasang bendera kerana tiada halangan,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Chom Darus, 74, turut bersetuju bahawa pertalian di antara penduduk di situ sangat erat dan sukar digugat.

“Kebanyakan daripada kami semuanya bersaudara. Ada yang rapat, ada yang ‘bau bau bacang’. Suasana begini adalah biasa setiap kali pilihan raya tiba,” tambahnya lagi.

Persimpangan tersebut juga merupakan laluan ke salah satu pusat mengundi iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Seri Rahmat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda