Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Tema ‘Poghut’ Satukan Warga Ayer Limau

By 1 November 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohamad Amiruddin Adli Ishak (Alor Gajah)

MASJID TANAH, 1 Nov (Malaysiaaktif) – Perkataan ‘poghut’ atau perut sering digunapakai oleh orang beradat di Negeri Sembilan yang membawa maksud keluarga.

“Perkataan ini jarang disebut dan didengari oleh masyarakat di dalam Negeri Melaka tetapi ayat itu amat dikenali di Negeri Sembilan,” kata Ahli Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer semasa Program Poghut Ayer Limau Sihat Sejahtera, di sini baru-baru ini.

“Program seperti ini amat digalakkan bagi membina keharmonian serta memupuk semangat muhibah masyarat komuniti malah bersesuaian dengan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Antara aktiviti yang diadakan di program anjuran Komuniti Keluarga Malaysia Ayer Limau ialah senamrobik, gotong-royong dan sebagainya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda