Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerakVideo

Sepetang Bersama Tuntung

By 1 November 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/video: Nur Aniss Abd Rahinn/Ahmad Noramin Idris (Perak Tengah)

BOTA KANAN,  30 Okt (Malaysiaaktif) – Tuntung sungai atau nama saintifiknya Batagur Affinis tergolong dalam kumpulan reptilia seperti penyu dan kura-kura selain turut dikategorikan sebagai spesis labi-labi air tawar yang telurnya boleh dimakan.

Orang ramai yang berkunjung ke Bota, Perak boleh singgah ke Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung), Bota Kanan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang haiwan unik berkenaan.

Selain berupaya menjadi aset pelancongan popular di Bota Kanan, kompleks tersebut juga penting terutama bagi generasi muda untuk mengenali dan menjalankan kajian mengenai tuntung.

Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung), Bota Kanan menerima lawatan pada hari Isnin hingga Jumaat sekitar pukul 2 hingga 4 petang sahaja serta ditutup pada cuti umum. Ini bertujuan menjaga kepentingan tuntung agar dapat dipulihara dengan sempurna.

Fakta nombor mengenai tuntung:
* 80 – Umur dan jangka hayat tuntung
* 30 biji – Setiap kali bertelur
* 112 hari – Tempoh penetasan
* 150 ekor – Anak tuntung dilepaskan ke sungai setiap tahun
* 400 ekor – Jumlah anak tuntung yang telah berjaya dihasilkan oleh Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung), Bota Kanan

-ZS-

Tinggalkan komen anda