Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Fiesta Bendang Beringin Tarikan Utama ‘Jom Masuk Kampung’

By 1 November 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sharifah Ithnin (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 1 Nov (Malaysiaaktif) – Fiesta Bendang Beringin menjadi tarikan utama Program Jom Masuk Kampung anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Melaka (KEMAS), di sini baru-baru ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal Zahari Abd. Kalil penganjuran program ini sangat baik dan dapat memupuk kesepaduan serta kerjasama erat antara penduduk kampung di Durian Tunggal.

“Pelbagai acara bendang telah diadakan seperti mengocak ikan, tarik tali, futsal, pukul bantal, bola beracun dan sebagainya.

“Saya berasa bersyukur kerana KEMAS Negeri Melaka telah memilih Durian Tunggal terutamanya Kampung Panchor sebagai tuan rumah untuk program ini,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda