Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Agong Titah Waspada di Musim Tengkujuh

By 21 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa

KUANTAN, 21 Dis (Malaysiaaktif) – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar semua rakyat berwaspada dengan keadaan semasa musim tengkujuh ini.

Baginda turut bertitah agar penduduk yang terlibat dengan banjir akur dengan arahan pihak berkuasa untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang disediakan.

“Saya ingin menasihatkan rakyat terutamanya di negeri-negeri yang dilanda banjir seperti di Pahang, Terengganu dan Kelantan agar sentiasa berwaspada dengan keadaan di musim tengkujuh ini.

“Ibu bapa atau penjaga juga jagalah anak-anak, cucu masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” titahnya selepas berkenan berangkat menziarahi mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Beserah, di sini baru-baru ini.

Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada penduduk di PPS SK Beserah dan dua lagi PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelindung dan SK Pelindung.

Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda