Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sultan Perak Rasmi Istiadat Pembukaan Sidang DUN Perak ke-15

By 20 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Mohammad Ezwandi (Ipoh)

IPOH, 20 Dis (Malaysiaaktif) – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-15 Perak di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pagi tadi.

Keberangkatan tiba baginda bersama Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim disambut oleh Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad dan Yang Dipertua DUN Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.

Sultan Nazrin seterusnya berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama terdiri daripada tiga pegawai dan 102 anggota dari Batalion 1, Pasukan Gerakan Am, Briged Utara, Ulu Kinta yang diketuai oleh Deputi Superintendan Mohamad Rafizul Rosdi.

Acara berlangsung dengan iringan Pancaragam Akademi Tentera Udara Diraja Malaysia, Ipoh di bawah pimpinan Leftenan Mohd Hanif Che Razak.

Selesai istiadat berkenaan, baginda diiringi ke Dewan Mesyuarat bagi menyampaikan titah Diraja.

-ZS-

Tinggalkan komen anda