Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Warga KPDN Labuan Diseru Rapat dengan Media

By 23 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 23 Dis (Malaysiaaktif) – Warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarah Hidup (KPDN) Labuan diseru untuk sentiasa mempunyai hubungan yang baik dengan pengamal media tempatan.

Menurut Pengarahnya, Junaidah Arbain, hubungan yang baik dengan media memudahkan pihaknya untuk menyalurkan sebarang maklumat penting kepada masyarakat.

“Peranan media amat penting bagi sama-sama meningkatkan usaha menyebarluaskan maklumat mengenai inisiatif atau program kerajaan terutamanya fungsi atau peranan yang dimainkan KPDN.

“Kekalkan hubungan yang baik dengan media dan sentiasa memberi maklum balas dengan segera jika diperlukan pihak media agar maklumat yang tepat dapat dikongsi dengan masyarakat dengan mudah,” katanya semasa berucap pada Majlis Apresiasi Bersama Media, di sini semalam.

Turut hadir Presiden Persatuan Penggiat Media Labuan, Jainudin Djimin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda