Laporan/foto: Zayana Isa/Radiah Rahim
KUANTAN, 23 Dis (Malaysiaaktif) – Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang bersiap-siaga hadapi Monsun Timur Laut di negeri ini.
Pengarahnya, Kol. (PA) Che Adam A. Rahman berkata, dari aspek kesiapsiagaan pihaknya memberikan latihan kepada anggota-anggota bagi meningkatkan kemahiran.
“Antara latihan yang diberikan adalah pemasangan kubikel khemah di pusat-pusat pemindahan dan juga pengendalian bot yang mana apabila berlaku pemindahan di kawasan terjejas banjir, pihak APM akan turun ke kawasan tersebut,” katanya.
“Dari aspek persiapan aset dan logistik pula, APM telah mempersiapkan bot-bot di seluruh daerah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana memperuntukkan pembelian bot sokongan (bot aluminium dan fiber) yang ditempatkan di seluruh daeerah,” katanya lagi.
Beliau menambah, pihaknya turut bekerjsama dengan agensi-agensi menyelamat yang lain sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut.
-ZS-