Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

FKL 2022 Promosi Produk Tempatan

By 22 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)/Kraftangan Malaysia

LANGKAWI, 22 Dis (Malaysiaaktif) – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Festival Kraf Langkawi (FKL) 2022 bertempat di Kompleks Kraf Langkawi (KKL), Teluk Yu selama 6 hari bermula 22 hingga 27 Disember ini.

Antara objektif penganjuran FKL 2022 ialah mempromosikan dan mengkomersialkan produk kraf tempatan kepada penduduk setempat dan pelancong yang berada di Pulau Langkawi di samping meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat terhadap produk kraf Malaysia.

Pengarah KKL Muhamad Razib Saruddin berkata penganjuran FKL 2022 adalah untuk mengetengahkan produk kraf usahawan khasnya daripada negeri utara yang disertai seramai 45 orang usahawan kraf.

β€œKali terakhir FKL diadakan ialah pada tahun 2015. Saya berharap ianya akan mendapat sambutan yang menggalakan.

Seorang usahawan muda yang mengusahakan produk batik blok Siti Nur Eliana Rosli, 22, berkata beliau telah mengusahakan produk batik blok berasaskan tanah liat ini lebih tiga tahun.

β€œProduk-produk yang saya usahakan ini dijual di Kraftangan Cawangan Kedah.

β€œSaya amat bersyukur dan teruja apabila berpeluang menyertai program seperti ini,” katanya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda