Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Galeri Pelihara Sejarah Raja Reman

By 8 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Sazali Ab Hamid/Nik Muhammad Faiz Faizal (Pengkalan Hulu)

PENGKALAN HULU, 8 Dis (Malaysiaaktif) – Kerajaan Reman yang didirikan di kawasan Hulu Perak sekitar tahun 1810 sehingga 1909 berkubur setelah perjanjian Inggeris-Siam dimeterai yang membahagikan wilayah Reman kepada sebahagian Thailand dan Malaysia.

Kini setelah lebih 100 tahun, waris yang masih hidup mengambil inisiatif  menjadikan sebuah Istana Singgah milik Raja Reman terakhir iaitu Tuan Lebeh Long Raya untuk dijadikan galeri di Kampung Selarong, di sini.

Cicit Tuan Lebeh, Tengku Mohd Najib Tengku Syed Ngalam Alwi berkata inisiatif ini diambil oleh waris yang masih ada bagi mengenang kembali kegemilangan keluarga dan memelihara warisan sejarah yang masih ada.

“Tiada halangan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk melawat seterusnya mengkaji salasilah kerajaan ini kerana pentingnya memelihara sejarah daerah ini agar dapat dihayati oleh setiap generasi,” ujarnya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda