Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Ops Murni Jayakan Pembersihan SK Tapak

By 12 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)/Mejar Mohd Ziarul Aflah Mohd Fadzli (Wataniah)

KUALA PILAH, 12 Dis (Malaysiaaktif) – Hujan lebat yang berterusan semalam mengakibatkan berlakunya banjir kilat. Paras air sungai di Sungai Talan di sini telah naik dan melimpah ke kawasan rendah di sekitarnya. Antara kawasan yang terjejas teruk ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tapak.

Menurut Penolong Pegawai Memerintah Battalion Ke-3 Rejimen 508 Askar Wataniah Mejar Mohd Ziarul Aflah Mohd Fadzli, walaupun paras air naik dengan cepat tetapi tiada kerosakan berlaku di sekolah berkenaan dan tiada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahah sementara (PPS).

“Selain pasukan Angkatan Tentara Malaysia (ATM), Bomba dan Penyelamat Daerah Kuala Pilah dan pasukan RELA digerakkan ke SK Tapak untuk membantu membersihkan lumpur akibat kesan banjir lumpur yg berlaku.

“Pasukan kami akan sentiasa memberi bantuan dan membuat pemantauan melalui aplikasi Kumpulan Whatsapp Bencana Daerah Kuala Pilah bagi memantau dan mengemaskini status terkini,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu seorang penduduk Siti Zuraidah MD Adli, 40, memberitahu, kejadian banjir kilat ini merupakan kali ketiga berlaku pada musim tengkujuh kali ini.

“Diharapkan pihak yang berwajib dapat mengenalpasti punca masalah ini terjadi dan dapat mengatasinya dengan kadar segera demi keselamatan pelajar khasnya dan penduduk di Kampung Tapak amnya,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda