Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Usaha Tangga Kejayaan

By 13 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Ain Johari (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 13 Dis (Malaysiaaktif) – Kecekalan Misnan Ramijo, 63, membina empayar perusahaan makanan sejuk beku di Pagoh, Muar menjadi pembakar semangat kepada penduduk sekitar ini untuk berjaya seperti beliau.

Pengusaha Pau Mira tersebut memulakan perniagaannya hanya dengan menjual pau di tepi jalan sejak dua dekad yang lalu dengan hanya berbumbungkan payung.

“Berpegang kepada frasa ‘usaha tangga kejayaan’, saya tidak berputus asa untuk mengembangkan perniagaan dalam industri makanan ini.

“Perit getir dalam perniagaan adalah asam garam dan saya percaya setiap usaha pasti ada kejayaan dihujungnya nanti,” ujar Misnan Ramijo ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Pau Mira kini telah berjaya menjadi tarikan utama buat pelancong tempatan dan penggemar makanan sejuk beku.

-ZS-

Tinggalkan komen anda