Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kerjaya Anggota Tentera Amat Berbeza – Zamrose

By 12 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/Tentera Darat Malaysia

PORT DICKSON, 12 Dis (Malaysiaaktif) – Kerjaya sebagai anggota tentera amat berbeza berbanding kerjaya lain.

Demikian kata Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain dalam ucapan semasa Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda (PM) Lelaki Siri 195/2022 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), di sini baru-baru ini.

“Amanah yang dipikul di bahu perlu digalas dengan penuh rasa tanggungjawab dan tumpuan sepenuhnya walau apa jua cabaran serta rintangan yang mendatang.

“Lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran khususnya dalam bidang tugas masing-masing serta berikanlah perkhidmatan yang terbaik sebilang masa,” katanya lagi.

Seramai 2,417 perajurit muda terdiri daripada 26 berkelulusan diploma pelbagai jurusan, tujuh berkelulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), 84 kelulusan Sijil Vokasional Malaysia (SVM), 220 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan 2,080 berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

-ZS-

Tinggalkan komen anda