Laporan/video: Alizan Sulong (CMS)
KUALA TERENGGANU, 14 Dis (Malaysiaaktif) – Pembuatan sarung keris masih dijalankan oleh Zulkifli Yusof, seorang pembuat sarung keris di Kampung Ladang Titian, Kuala Terengganu dengan menggunakan kaedah tradisional.
Zulkifli, 56, memaklumkan terdapat beberapa jenis ukiran pada sarung keris antaranya Bakawali, Awan Larat dan sebagainya.
“Ukiran akan dilakukan mengikut tempahan dan kehendak pelanggan, dalam membuat sarung keris perlu mempunyai kemahiran agar lebih unik dan menarik,” katanya.
-ZS-