Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Rasai Pengalaman Memancing di Rumah Rakit, Teluk Intan

By 31 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Alihanafiah/Ahmad Firdaus (Hilir Perak)

TELUK INTAN, 31 Dis (Malaysiaaktif) – Teluk Intan yang terkenal dengan mercu tanda Menara Condong sekali lagi menawarkan tarikan baharu di bandar itu iaitu Rumah Rakit di Batak Rabit (Jalan Maharajalela).

Menurut pengasas Rumah Rakit Toknan, Faizul Nan, 38, ketika ditemui di sini baru-baru ini, premis yang mula beroperasi pada 21 November lalu itu menerima kunjungan yang menggalakkan daripada kaki pancing dari dalam dan luar Perak.

“Ramai kaki pancing mengambil peluang untuk membawa keluarga kerana rumah rakit ini menyediakan tempat penginapan yang selesa dengan aktiviti memancing boleh dilakukan dari balkoni bilik penginapan sahaja.

“Selain menyediakan tiga bilik yang mampu memuatkan 10 orang dewasa, kami turut menyediakan perkhidmatan sewa bot kepada pengunjung untuk merasai pengalaman memancing udang galah di Sungai Perak,” tambahnya.

Sementara itu, sebuah lagi rumah rakit yang terletak di Lorong Kalat juga di Jalan Maharajalela, turut menyediakan tarikan serupa.

Pemilik Rin Rakit Water Hut, Norsilawati Kamaruzzaman, 49, berkata, rumah rakitnya telah dikunjungi lebih 2000 pelancong termasuk dari Acheh dan Singapura sejak mula beroperasi lapan bulan lepas.

“Kami turut menjalin kerjasama dengan River Cruise Teluk Intan bagi memberi pengalaman yang menyeluruh buat pengunjung merasai keseronokan memancing udang serta menyusuri Sungai Perak di Teluk Intan,” katanya.

Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman Facebook Rumah Rakit Tok Nan dan Rin Rakit Water Hut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda