Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

106 Mangsa Banjir Ditempatkan di PPS Dewan Kampung Parit Haji Kamisan

By 26 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Musliha Yusof/Muhammad Isa Ariffin (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 26 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 106 mangsa banjir telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kampung Parit Haji Kamisan, sejak pagi semalam.

Menurut mangsa, Mohd Faizal Salleh, 36, hujan berterusan bermula Ahad lalu menyebabkan banjir berlaku di sekitar kawasan Yong Peng.

“Saya sudah biasa mengalami kejadian ini dan memang sentiasa bersedia seandainya cuaca hujan berterusan begini,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Pegawai Daerah Batu Pahat Nazri Md Ali mengingatkan agar semua petugas dan mangsa banjir agar sentiasa menjaga tatacara pengendalian piawai (SOP) agar tiada gejala jangkitan COVID-19.

“Terima kasih kepada semua pihak termasuk Sukarelawan Southern Volunteer juga turut bersama-sama membantu Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dalam menguruskan mangsa-mangsa banjir,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Kesihatan dan Perpaduan Ling Tian Soon serta Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor Mohd Hairi Mad Shah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda