Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

12 Buah Rumah Rosak Dilanda Ribut

By 25 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ismael Idris/Nur Fahana Azman (Jasin)

JASIN, 25 Jan (Malaysiaaktif) – Sebanyak 12 buah rumah di Taman Kelubi Damai, di sini rosak di bahagian bumbung selain diterbangkan akibat dilanda ribut petang semalam.

Menurut Norhashima Azmi, 35, seorang penduduk taman perumahan tersebut berkata kejadian berlaku semasa hujan renyai-renyai ketika dia dan tiga orang anaknya sedang duduk beristirahat di ruang tamu rumah sambil menonton televisyen.

“Tiba-tiba kami terdengar deruan angin yang begitu kencang dan selang beberapa saat dentuman yang sangat kuat berlaku.

“Apabila saya melihat ke atas, rupanya bumbung rumah saya telah diterbangkan,” katanya.

Sementara itu Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Rim Khaidirah Abu Zahar turun ke lokasi kejadian dan melawat penduduk yang terjejas.

-ZS-

Tinggalkan komen anda