Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

500 Warga Perpaduan Batu Pahat Rai Tahun Baru Cina

By 27 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Ain Johari (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 27 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 500 orang warga Batu Pahat yang terdiri daripada kaum Cina, Melayu dan India hadir ke Majlis Sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di Dewan Jubli Intan, di sini petang semalam.

Menurut seorang tetamu Shazwan Zdainal Abidin, 39, majlis seperti ini dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Saya berharap agar semangat perpaduan akan terus diperkukuhkan lagi tanpa mengira kaum dan agama.

Majlis anjuran Pejabat Ahli Parlimen Batu Pahat dan Ahli Dewan Undangan Negeri Penggaram dengan kerjasama Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Telus Ikhlas Johor (PEKERTI) itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Batu Pahat Onn Abu Bakar yang turut menyampaikan ang pau kepada orang ramai.

Turut hadir Ketua-Ketua Jabatan Daerah Batu Pahat dan Penghulu-penghulu Mukim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda