Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Kementerian Perpaduan Negara Jayakan Aspirasi Malaysia MADANI

By 27 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 27 Jan (Malaysiaaktif) – Kementerian Perpaduan Negara perlu memainkan peranan yang sangat besar dalam menjayakan aspirasi Malaysia MADANI.

Menurut Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang, kementeriannya sedang merangka beberapa inisiatif untuk mempromosikan konsep masyarakat madani melalui perspektif perpaduan dalam kepelbagaian yang terangkum di bawah inisiatif Dasar Perpaduan Negara (DPN).

“Dalam hal ini, pemerkasaan terhadap penghayatan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan adalah perkara asas yang ditekankan bagi membangunkan pelan tindakan masyarakat madani tersebut.

“Sambutan Minggu Perpaduan adalah antara program berimpak tinggi yang akan dilaksanakan oleh kementerian bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan seiring dengan pembangunan Malaysia MADANI,” katanya semasa Program Sembang Perpaduan bersempena lawatan kerjanya ke Labuan semalam.

Pada lawatan kerja rasmi itu, beliau turut melawat Muzium Chimney, Perpustakaan Desa Kampung Sungai Labu selain menyampaikan bantuan pek RT Cares Bakul Rahmah kepada golongan B40 di Kampung Patau-Patau 2.

-ZS-

Tinggalkan komen anda