Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahJohor

MAINJ Bantu Mangsa Banjir

By 27 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ashikin Mustafa/Nurulaini Mohd Kasran (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 27 Jan (Malaysiaaktif) – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyumbangkan bantuan kepada 60 keluarga mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar (SKBP), di sini semalam.

Sumbangan 60 beg yang mengandungi pek makanan segera, kit alatan mandian dan telekung kepada keluarga yang terjejas banjir itu bertujuan meringankan beban mangsa yang terpaksa berpindah akibat rumah mereka dinaiki air.

Menurut salah seorang mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS SKBP Maisarah Zaidi, 39, beliau bersyukur kerana banyak agensi-agensi kerajaan memberi bantuan kepada mangsa- mangsa banjir di pusat pemindahan tersebut.

“Saya berterima kasih atas sumbangan daripada MAINJ kepada kami di sini. Sumbangan ini amat berguna untuk kebersihan diri di PPS ini.

“Bantuan ini dapat meringankan sedikit beban kami yang diuji ketika ini,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda