Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

63 Ketua Isi Rumah di DUN Jelai Terima Bantuan Wang Ihsan Monsun Timur Laut

By 22 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Juhaisa Azrin/Norhanum

LIPIS, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 63 Ketua Isi Rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai menerima sumbangan Bantuan Wang Ihsan Monsun Timur Laut berjumlah RM1,000 seorang.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail, di sini semalam.

Dalam ucapannya Wan Rosdy berkata kerajaan negeri akan mengambil tindakan dan berusaha membantu rakyat yang menghadapi sebarang masalah atau bencana seperti banjir.

Beliau turut menyampaikan Bantuan Khas Ahli DUN Jelai kepada 13 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), 13 Kumpulan Wanita dan 13 Persatuan Belia bagi DUN Jelai dengan nilai keseluruhan berjumlah RM195,000.

Wan Rosdy turut menyampaikan cek Sumbangan Kerajaan Negeri Pahang kepada sembilan orang penerima dengan jumlah keseluruhan cek bernilai RM49,770, manak seramai 33 orang penerima bantuan zakat turut diraikan dan telah menerima sumbangan berjumlah RM200 setiap seorang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda