Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Aktiviti Berbasikal Semarak Pengenalan Budaya Luak Inas

By 22 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Shaharuddin Daud (Kuala Pilah)/Unit Media LMNS

KUALA PILAH, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Pendekatan aktiviti berbasikal dalam Jelajah Keilmuan dan Ziarah Kasih Luak Inas sempena Sambutan Hari Keputeraan ke-75 Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dilihat sebagai inisiatif berkesan dalam memperkenalkan adat budaya Luak Tanah Mengandung kepada masyarakat dari pelbagai lapisan peringkat umur dan kaum.

Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan Drs. Samsuddin Ahmad, ketika ditemui di sini semalam berkata terdapat lima luak di bawah Luak Tanah Mengandung iaitu Luak Inas, Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Jempol yang setiap luak ini memiliki adat budaya yang unik dan berlainan antara satu sama lain.

Tambah beliau lagi, pendekatan menjelajah secara berbasikal sejauh 18.8 kilometer yang menyurusi laluan sungai, gunung, kampung Orang Asli dan Balai Penghulu dapat memberi peluang kepada para peserta dan masyarakat setempat melihat keunikan alam dan pengamalan Adat Perpatih di Luak Inas secara lebih dekat lagi.

Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz turut berkenan berkayuh dan menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan di setiap lokasi hentian.

-ZS-

Tinggalkan komen anda