Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Memperingati 81 Tahun Pertempuran Muar

By 22 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mazlin Basir (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Galeri Parit Sulong dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia dan Kedutaan Australia di Malaysia telah berkumpul di Taman Peringatan Parit Sulong bagi memperingati 81 tahun Pertempuran Muar, hari ini.

Sejarah hitam yang berlaku pada 22 Januari 1942 itu telah mengorbankan orang awam serta melibatkan tentera bersekutu yang berani.

Pengerusi Galeri Parit Sulong, Farid Abd Jalil berkata, tragedi 81 tahun yang lepas itu telah mengeratkan hubungan dua negara bagi memperingati kisah tragis yang mengorbankan ramai tawanan perang di Malaya.

“Kita patut melindungi taman peringatan ini kerana ia menjadi bukti jelas mengenai satu tragedi yang dialami akibat perang dan bagi membantu mereka yang melawatnya memahami apa yang pernah berlaku di sini.

“Kita seharusnya tidak lupa pengorbanan orang-orang yang berjuang semasa perang hingga rakyat boleh menikmati kehidupan lebih baik pada hari ini.

“Galeri Parit Sulong akan terus berdedikasi dan berterusan dalam memperingati perwira yang gugur serta menyimpan kisah hidup mereka supaya generasi akan datang memahami sejarah dan nikmat sekarang adalah hasil perjuangan mereka,” katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Negeri (ADUN) Kawasan Sri Medan Zulkurnain Kamisan, Penolong Penasihat Keselamatan Kedutaan Australia, Commander Micheal Doncaster, Penolong Penasihat Keselamatan Kedutaan Australia, Wing Commander Mike Edward, Wakil Panglima 7 Briged Tentera Darat Malaysia Mejar Redzuan Mahsur dan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Johor Azri Arbaian.

-ZS-

Tinggalkan komen anda