Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kelantan Berjaya Kekalkan Prestasi Cemerlang – Ahmad Yakob

By 5 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Saufi Ab.Ghani

KOTA BHARU, 5 Jan (Malaysiaaktif) – Majlis Amanat Sempena Tahun Baru 2023, di Dewan Utama Bangunan SUK Negeri Kelantan telah disempurnakan oleh Datuk Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

“Sepanjang tahun 2022 Kelantan telah berjaya mengekalkan prestasi cemerlang pentadbiran negeri serta berjaya mengharungi pelbagai cabaran,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Yakob turut menekankan lapan garis arahan kerja kerajaan negeri bagi menghadapi tahun 2023.

Beliau turut menyampaikan penghargaan khas kepada Wakil-Wakil Rakyat, Ketua-Ketua Jajahan, Jabatan dan Agensi Negeri dan Persekutuan, anggota pasukan keselamatan, jentera Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, pertubuhan bukan kerajaan serta pasukan sukarelawan yang telah berjaya mengurus, menyantuni serta membantu rakyat dan negeri semasa bencana banjir baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda