Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Galeri Sejarah Warisan SK Pos Kuala Mu

By 27 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nurizzati Hanis/Ahmad Faisal (Kuala Kangsar)

SUNGAI SIPUT, 27 Jan (Malaysiaaktif) – Sejarah penubuhan sekolah pedalaman Orang Asli, Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu, di sini diabadikan di sebuah galeri yang diwujudkan di sekolah tersebut.

Menurut Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Pos Kuala Mu, Asnulwida Amri Hassan, 52, idea pembukaan galeri ini diberikan oleh guru besar sebelum ini iaitu Mohd Tamizi Yeob Nordin dan perasmiannya disempurnakan pada tahun 2017 oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang Datuk Mohd Zolkafly Harun.

“Galeri yang terletak kira-kira 67 kilometer dari Pekan Sungai Siput ini diperbuat daripada daun pokok bertam dan dibangunkan oleh penduduk Kampung Pos Kuala Mu.

“Galeri ini menempatkan bahan sejarah lama sekolah, gambar dan pelbagai karya yang dihasilkan oleh para pelajar dengan tujuan untuk mengekalkan identiti komuniti Orang Asli,” katanya.

Tambah Asnulwilda, pelawat yang datang ke SK Pos Kuala Mu boleh mengunjungi galeri ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sejarah sekolah ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda